February 6, 2014

Mee Kuning Delimaz

Pernah dengar tak nama mee kuning Delimaz ni?

Mee kuning buatan bumiputera Islam yang unggul di pasaran. Sejak tahun 2007, Alhamdulillah..

Delimaz ni kalo ikut sejarahnya, dulu dikenali sebagai jenama Delima. Lepas tu bila nk register ngan SIRIM and tengok nama Delima tu dah ada orang yang guna, so Syarikat Perniagaan IMB Sdn. Bhd. yang bertempat di Labu Negeri Sembilan mengambil langkah menukar nama jenama mee kuning ini daripada Delima ke Delimaz. Kira rebranding gitu. Dan terus memecut ever since.

Asalnya perniagaan mee kuning ni di asaskan oleh saudari Noraini Kamarudin dibantu oleh adik beradik beliau dengan sokongan ibu bapanya. Sebabnya adalah pada waktu itu, tahun 2007 kecoh mengenai mee kuning yang menggunakan asid borik yang melampau. Di tambah dengan kesedaran atas pentingya produk halal-toyyiban, maka keluarga Haji Kamaruddin B. Omar ini mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan makanan.

Walaupun pada asasnya, Syarikat Perniagaan IMB Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan jenis jahitan, beg, sulaman dan tekstil.

Sekarang, Puan Noraini dibantu oleh Cik Nordiana iaitu adik beliau sendiri untuk memajukan lagi perniagaan Mee Kuning tersebut.
Bukan senang, tetapi atas sokongan padu Hj. Kamaruddin sendiri beserta adik beradik beliau yang lain, mereka perlahan-lahan mengorak langkah untuk menembusi pasaran yang selama ini dimonopoli oleh kaum lain.




Apa istimewanya mee Delimaz ni?

- Diiktiraf Halal oleh JAKIM.
- Proses pembuatan yang bersih dan 100% bebas dari unsur-unsur syubhah ( I witnessed this myself tau )
- Penggunaan bahan tambahan yang minimal, tiada kompromi.
- Sedap! ( Ini berdasarkan maklum balas pelanggan tau, no syiok sindri okehh..heheh )

To me penduduk area Selatan la yang beruntung. sebabnya mee Delimaz ini banyak menembusi pasaran area Selatan, meaning to say Seremban primarily, Selangor dan Melaka. Kalau kat Seremban boleh didapati di kedai-kedai runcit berdekatan, Mydin Terminal 2 dan Hypermarket Mydin Mall Seremban 2. Kalau kat Melaka, Mydin MITC, Melaka Bazaar dan pada pemborong kami Hj Zaidi di pasar basah. Mydin Putrajaya pon ada, di Presint 8 dan Presint 16 pon ada ye..

Ok kepada readers yang mahu kami dekat kepada anda, yang berminat menjadi pemborong dan pengedar area Selatan especially, boleh la telefon office IMB di nombor 06-7914080.

Apa-apa yang kita makan akan jadi darah daging, eventually membaluti hati. Sebab tu la kene jaga, especially bagi orang Islam, ini semua bersangkut paut dengan kesenangan dalam penerimaan pembelajaran especially hal-hal akhirat.

Sharing is caring! much love!!


No comments:

Post a Comment